assalamualaikum..
ni aku amik laporan dalam Malaysiakini. Baca la kalau rajin. La ikraha fiddin
***********
Sekumpulan mahasiswa membidas kenyataan Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak yang bertegas mahu meneruskan penggunaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) khususnya di Kolej Universiti Insaniah (KUIN) - institut pengajian di bawah kerajaan negeri.
Malah, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini menyifatkan Azizan yang juga pesuruhjaya PAS Kedah itu sebagai 'ego' dalam menangani isu berkaitan mahasiswa, termasuk hukuman terhadap lima mahasiswa KUIN.
"Sepatutnya (Datuk Seri) Azizan selaku orang yang paling berkuasa di KUIN perlulah menggunakan budibicara dengan cara berbincang dan fahami isu dengan baik serta selesaikan masalah dengan bijaksana," katanya Mohd Syahid.
MPMN adalah gabungan majlis perwakilan mahasiswa di institut pengajian tinggi awam dan swasta di negera ini.
Mohd Syahid mengulas kenyataan Azizan yang dilapor menegaskan AUKU tetap dikenakan terhadap mahasiswa KUIN yang melakukan kesalahan. Menurut Azizan, penggantungan lima mahasiwa KUIN tahun lalu dibuat mengikut peruntukan di bawah kesalahan AUKU dan pengurusan pusat pengajian tinggi itu membuat keputusan berdasarkan undang-undang sedia ada.
Pada Mei lalu, lima mahasiswa KUIN itu digantung pengajian kerana dituduh menyertai demonstrasi, memberikan ucapan di hadapan orang ramai menggunakan pembesar suara di sudut pidato dan mengadakan sidang akhbar berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari yang menggunakan bangunan tahfiz.
*************
Nampak? Azizan tak layak jadi jeneral perang untuk tumbangkan UMNO.
Hati semasa adalah hak mutlak Allah. Hati yang lepas dinilai melalui fakta dan sejarah. Hati Azizan Razak dinilai melalui keratan berita ni.
Yang berkuasa, mulai sedar apabila kuasa makin hilang. Yang mula berkuasa mulai zalim.
0 komen:
Post a Comment