tengah hari tadi, aku keseorangan menuggu bas. kepalaku berdenyut mungkin kerana panas yang membahang. ketika itu aku hanya memikirkan tilam di rumah dan mungkin secawan milo ais kaw buat tekak yang perit.
di kanan aku, dua gadis comel sedang berbicara tentang hal wanita. aku hanya bisa mendengar sipi-sipi tentang apa yang mereka bualkan.
lelaki ini pervert. nampak perempuan cantik, terus la nak pandang bla bla bla
betul tu. lelaki da la mata keranjang bla bla
tiba-tiba datang seorang mamat dari arah kiri aku. sebagai lelaki, aku mengakui kehenseman beliau. muka iras beckham, tinggi sedang-sedang elok, mungkin berperut six pack, ditambah dengan pectoralis major yang bisa kelihatan dari kemeja ZARA yang dipakainya.
aku terdengar suara dari kanan aku.
hensemnya. kalau jadi pakwe aku kan best
dalam hati aku hanya berfikir satu perkataan.
celaka
May 27, 2012
May 26, 2012
Cinta Sampai Surga, Mungkin?
Cinta adalah anugerah Allah yang maha hebat. Setiap orang pasti akan merasakan cinta.
Cinta terlalu besar artinya. Setiap hari kita bercinta. Cinta hamba kepada tuhannya, cinta anak kepada ibu bapanys, cinta adik kepada abang dan kakaknya, cinta bapa saudara kepada anak saudaranya. Terlalu banyak asbab untuk kita bercinta.
Mungkin, kita tidak perlu mencari cinta kerana cinta itu boleh datang dan pergi dengan sekelip mata. Persoalannya sekarang, sampai mana cinta itu akan membawa kita.
mungkin, bak kata Faizal Tahir,
Sampai Syurga?

May 25, 2012
Cermin!
Gedebuk!
Punggungku terhempas atas lantai yang keras. Aku bangun dengan nafas yang masih termengah. Di mana aku? Aku cuba melihat sekeliling. Aku dapati aku seperti berada dalam sebuah bilik bercermin yang besar.
Aku melihat bayang-bayang aku yang terhasil di dalam cermin. Sepertinya aku memakai baju kemeja berkot bersama tali leher berwarna hitam. Segak. Aku cuba membetulkan tali leher yang rasanya agak berjenama. Tapi alangkah terkejutnya aku bila memdapati sebenarnya aku hanya memakai boxer dan bersinglet. Keajaiban apakah ini?
Aku terkedu. Setahu aku, bayang-bayang yang terlahir dari spektrum-spektrum cahaya tak pernah dan tak akan menipu. Bayang-bayang yang dilihat pada objek yang dipanggil cermin adalah benda yang maha jujur di dunia.Apa yang zahir, zahirlah. Jika tali leher hitam, hitamlah ia. Tak lebih dan tak kurang.
Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Tiba-tiba aku terdengar satu suara. Suara itu berkata cermin itu sebenarnya makhluk-makhluk bernyawa yang hidup di sekeliling kamu. Mereka selalu menipu , mungkin untuk mengambil kesempatan ke atas kamu. Berhatilah selalu dengan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kau. Mungkin mereka akan selalu menipu kau untuk mencapai tujuan hidup mereka.
Aku bertanya, siapa kau? Aku di mana?
Aku adalah kau, dan kau adalah aku. Aku datang untuk mengajar kau cara untuk hidup di dunia nyata. Sekali lagi, berhatilah dengan sesiapa sahaja yang berada di sekeliling kau. Kini, aku akan menghantar kau kembali ke dunia realiti.
Selesai sahaja dia berkata begitu, aku terjaga. Aku menggosok-gosok mata dan bangun dari katil menuju ke cermin di meja solek. Tiba di cermin, aku pegang telinga, pegang hidung, pegang mata sambil berkata, handsome juga aku ni.
Cermin, seperti yang kita tahu adalah objek yang paling jujur di dunia.

April 7, 2012
Tangkapan Pertama BERSIH 3.0
assalamualaikum...
Aku ada terjumpa artikel ni. Silalah baca
**********
Pulau Pinang, 7 April - Bersempena dengan perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada 28 April ini, beberapa orang telah ditangkap atas kesalahan mempromosikan Bersih.
Salah seorang yang ditangkap ialah Mat Seman bin Ali, seorang gelandangan yang selalu melepak di kompleks Kailan.
"saya tak tahu apa yang terjadi. Ketika saya menikmati roti canai pagi tadi, saya telah didatangi oleh beberapa anggota polis dan mereka telah membawa saya ke balai polis," sebut salah satu kenyataan dari mangsa.
Ketua Polis Bertam sewaktu dihubungi mengesahkan bahawa Mat Seman ditangkap kerana bergigi kuning.
Mangsa kedua, seorang anak muda berumur 19 tahun yang ditangkap sewaktu mengisi minyak di Sheel.
Kenyataan dari keluarga mangsa menyebut bahawa mangsa ditangkap ketika mengisi minyak motor dengan minyak RON 95 yang berwarna kuning.
Mangsa ketiga ialah seorang ahli koperat dari UK yang ditangkap di sebuah hotel di kawasan Gurney pagi tadi.
Kenyataan pihak polis mengesahkan tangkapan tersebut di bawah akta Otak Kuning 1999 tetapi enggan mengulas lanjut - Bernipu

April 6, 2012
Seminar Agenda Umat!
assalamualaikum..
Alhamdulillah tadi (6 April) aku dah selesai hadir ke Seminar Agenda Umat anjuran ISMA Mesir yang berlangsung di Cairo University.
Aku sebenarnya join seminar ni sebab aku tau seminar ni mesti ada berkenaan politik iaitu tajuk yang aku sangat suka. Dan disebabkan seminar ni juga, aku boleh bangun sebelum subuh, iaitu satu pencapaian yang boleh dibanggakan :D
Seperti yang dijangkakan, seminar ini bertujuan untuk membincangkan satu tajuk umum yang menjadi pegangan ISMA, iaitu Melayu Bersatu, Islam Berdaulat. ISMA berharap, dengan perpaduan melayu akhirnya dapat menjaga kedaulatan islam. Dengan kata lain, ISMA ingin merayakan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO.
[ 1 ]
Pendapat aku jelas mengenai kerajaan perpaduan ni. Aku tolak. Sebab apa? Sebab kerajaan perpaduan atau nama glamournya UG terhasil selepas UMNO/BN hilang 2/3 kerusi dalam dewan rakyat. Dengan kata lain, UG hanya disebut selepas UMNO tersepit dalam perjuangan politik sempit yang mereka perjuangkan sebelum merdeka lagi. Dengan kata lain, UMNO hanya ingin menggunakan PAS supaya mereka still berkuasa.
[ 2 ]
Aku secara peribadi sangat benci pada asas perjuangan UMNO, iaitu perjuangan nasionalisme. Pendirian aku jelas, aku tolak semangat kebangsaan. Aku tolak semangat kaum. Bagi aku, kaum hanyalah asbab kehidupan kita di dunia. Tanpa kaum, kita masih boleh hidup. Aku juga berpegang pada firman Allah
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. ( 49:13)
Allag menciptakan kita bersuku bukan untuk membenci. Bukan untuk berjuang atas nama bangsa masing2. Tapi untuk saling mengenal.
Adakah kita tahu kisah Muhammad SAW yang berkahwin dengan seorang wanita yahudi. Di situ kita sudah boleh mengambil pengajaran. Baginda tidak langsung memandang bangsa.
[ 3 ]
Kerajaan Uthmaniyah pun tumbang selepas semanat kebangsaan menjadi agenda utama perjuangan. Kerajaan Melaka juga tumbang selepas Tun Mutakhir lebih mementingkan bangsanya. Tidakkah kita boleh mengambil pengajaran dari peristiwa ini?
Aku rela berjuang dengan kafir yang bernama Lim Guan Eng yang telah membela nasib remaja melayu yang dirogol dari berjuang dengan melayu yang merogol remaja melayu
Percayalah, melayu, semakin lama semakin layu tetapi islam, akhirnya akan menang

Subscribe to:
Posts (Atom)